Thursday, August 22, 2013

BUAH - BUAHAN & SAYUR - SAYURAN SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK DIMAKAN?



              Sayur - sayuran dan buah - buahan yang kita makan setiap hari sekarang sudah diracuni dengan racun serangga. Percayakah anda racun serangga yang melekat pada sayur dan buah tersebut masuk ke dalam badan kita setiap hari? Ye betul semua itu sudah dibasuh sebelum dimasak. Tapi adakah kita basuh dengan bersih? Takkan nak basuh sayur dan buah dengan sabun pulak kan? Lain jadi nya.






             Tanpa kita sedari kita sudah masukkan racun serangga ke dalam badan kita. Lagi lagi makanan yang kita beli terus dari kedai. " Kak kira nasi campur ni. Saya ambil ikan bawal goreng, sup sayur dan sambal belacan. ikat tepi ye " Konon ambil sup sayur dan ikan goreng habis berkhasiat la kan. Tapi kita tak tahu macam mana proses lauk tu terjadi. Ewah macam 'complicated' sangat kan. Tapi ya memang 'complicated' sebenarnya bila semua makanan tersebut masuk ke dalam badan kita. Kerana organ dalaman kita perlu bekerja keras untuk mengasingkan keperluan badan dengan 'benda asing' serta skandal makanan (gula/garam/bahan perasa).





              Sama juga lauk - lauk yang kita makan seperti ayam, ikan dan daging. Sumber protein kita sekarang sudah banyak dicemari dengan bahan kimia untuk mengekalkan kesegaran dan mempercepatkan proses sesuatu jadian. Contoh ayam. Ye ayam. Sempena bulan Syawal ni moleklah saya sentuh sedikit hidangan yang kita makan semasa menziarahi rumah sanak saudara. Rendang ayam? Ayam masak merah. Kuah kacang ayam. Permintaan ayam meningkat semasa musim perayaan ini kerana makanan tersebut adalah makanan tradisi yang dihidang kepada tetamu. Maka proses dari telur ayam menetas sehingga lah menjadi seekor ayam yang matang, bahan kimia diperlukan untuk mempercepatkan proses ini.





Apabila kita amalkan pemakanan sebegini secara berterusan, ketahanan badan semakin berkurangan. Selalu diserang pelbagai penyakit. Mudahnya dijangkiti dengan penyakit berjangkit dan sebagainya. Dari sekarang kita perlu mengambil langkah pencegahan. " We are what we EAT " Apakah solusi untuk masalah ini? Hubungi konsultant peribadi anda untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai cara pemakanan yang betul secara percuma.




Personal wellness coach (Syafiq) - 0136136526



semua gambar sumber dari google.